TENTANG KAMI
Bonda Anom adalah seorang usahanita semulajadi semenjak awal lagi. Sebaik sahaja menamatkan pendidikan lanjutan di ITM dalam bidang perakauan, beliau terus berkecimpung dalam bidang keusahawanan.
Beliau adalah seorang yang berjaya menggabungkan minat dan perniagaan apabila menceburi industri pendidikan awal kanak-kanak. Bagi Bonda Anom, nilai yang paling penting dalam perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak ialah kualiti.
Kualiti bermaksud memberikan penjagaan yang terbaik kepada anak-anak termasuk dari segi kesihatan jasmani, penjagaan emosi, kekuatan agama dan perkembangan pendidikan.
Sebagai seorang yang berpengalaman lebih 30 tahun, Bonda Anom telah diiktiraf sebagai pakar industri oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, beliau juga telah memberikan pembentangan di peringkat antarabangsa di Maldives, Seoul serta di Bandung.
Beliau juga sangat aktif dalam bidang sukarelwan dan badan bukan berorientasikan keuntungan. Melalui Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS), beliau telah berkolaborasi dengan MBI Selangor untuk Program Intervensi Awal pada 2017 dan Program Cikgu AnIS bersama Jawatankuasa Tetap Kerajaan Selangor bagi Kesihatan, Kebajikan, Wanita & Keluarga pada 2018.
Amira, atau dipanggil Principal Mira oleh kanak-kanak, adalah seorang bersifat tidak mudah putus asa dan membiarkan hasil yang berbicara tentang usaha.
Selepas menerima ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, beliau menyertai Mesiniaga Bhd sebagai penganalisis perniagaan. Beliau kemudian menyertai Lazada bagi menimba ilmu dan pengalaman yang lebih luas.
Perniagaan dan keusahawanan sememangnya sudah sebati dengan Principal Mira. Selepas 2 tahun bekerja di bidang korporat, Principal Mira menyertai Taska Sarjana Pintar (TSP) sebagai Pengurus Cawangan pada tahun 2016.
Kecekapan beliau untuk belajar selok belok industri pendidikan awal kanak-kanak telah menjadi kayu pengukur untuk Bonda Anom melantik beliau menjadi Principal di TSP dan juga Pengarah Eksekutif, Kids Campus Childcare (KCC) pada 2017.
Di bawah kepimpinan Principal Mira, jenama KCC telah melalui transformasi apabila beliau berjaya mengadun tradisi budaya dengan amalan perniagaan dan pengurusan menjadikan KCC kekal utuh memenuhi keperluan dan kehendak industri.
Pada Januari 2020, beliau telah melebarkan sayap KCC dengan membuka cawangan baharu di Kompleks Islam Putrajaya yang dikenali sebagai Taska Mawaddah.
Adibah Nor Mokles ialah Pengarah Eksekutif Kids Campus Academy (KCA). KCA menawarkan latihan dan pensijilan berkaitan industri pendidikan awal kanak-kanak.
Sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di KCA, beliau adalah seorang peguambela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya yang mendapat latihan dalam kamar di Tetuan Zaid Ibrahim & Co.
Adibah kemudiannya meneruskan karier di bidang korporat dengan menyertai Kumpulan Sime Darby selama 4 tahun.
Beliau menimba banyak pendedahan dalam Perkhidmatan Korporat seperti dalam Jaminan Korporat dan Tadbir Urus Korporat sebelum beliau ditempatkan di Jabatan Kesetiausahaan Korporat di Sime Darby Plantation Berhad. Adibah merupakan seorang Setiausaha Korporat Berlesen.
Adibah juga melanjutkan pendidkan dalam bidang Sarjana di Universiti Selangor (Unisel) dalam bidang pendidikan ekoran minat yang mendalam terhadap pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau menerima Sarjana Pendidikan Unisel pada November 2019.
Semenjak itu, Adibah telah meninggalkan sektor korporat dan telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif KCA semenjak tahun 2017.
Tn Hj Mohammad Shukri, atau Tn Hj Shukri ialah Pengarah Eksekutif Kids Campus Expert (KCE). Tn Hj Shukri adalah graduan bidang kejuruteraan dari UIAM.
Beliau memulakan karier dalam bidang Penyelidikan & Pembangunan (R&D) sebagai penolong penyelidik di Universiti Putra Malaysia. Beliau juga adalah pegawai keselamatan yang bertauliah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
Dengan pengalaman beliau dalam industri ECCE serta latar belakang beliau sebagai seorang jurutera, Tn Hj Shukri adalah seorang pakar rujuk bagi mendapatkan khidmat rundingan dan nasihat dalam ECCE. Beliau juga ditauliah sebagai seorang pakar industri oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Antara pencapaian beliau yang paling terampil adalah mencipta rekod di Malaysia Book of Records bagi Simulasi Kebakaran Serentak TASKA Terbanyak 3 tahun berturut-turut bagi tahun 2016, 2017 and 2018.
Beliau juga adalah pengarah projek bagi 2 inisiatif di peringkat negeri Selangor. Pertama adalah Program Intervensi Awal bersama MBI Selangor dari tahun 2017 hingga 2018 dan kedua, Program Cikgu Anak Istimewa Selangor (Cikgu AnIS) dari tahun 2018 hingga 2019 oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Selangor bagi Kesihatan, Kebajikan, Wanita & Keluarga .